Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Anak Saya Tak Gila” Tunjuk Gelagat Sebenar Anak Autism, Iman Wan Mahu Beri Kesedaran Pada Umum

today2 April 2021

Background

Mempunyai anak yang kelainan upaya bukan lah satu tanggungjawab yang mudah bagi mana-mana ibu bapa, tetapi sudah semestinya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menjaga anak-anak tersebut.

Bersempena dengan Hari Kesedaran Autism Sedunia 2021 yang jatuh pada 2 April setiap tahun, bekas komposer lagu, Iman Wan Tuck Meng secara terbuka telah kongsikan isi hatinya tentang realiti kehidupan anak-anak autism.

Iman turut mempunyai anak autism yang dikenali sebagai Adam Wan Mun Yu yang kini sudah berusia 19 tahun.

Video gelagat Adam sering dikongsikan di laman Instagram @adamsautismfamily yang mana ia turut menjadi salah satu cara untuk Iman dan isterinya, Norhaida Hasan memberi kesedaran kepada umum tentang kehidupan seorang anak autism.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam’s Autism Family (@adamsautismfamily)

Pasangan suami isteri ini sering tunjukkan cara mereka menenangkan Adam setiap kali beliau mengamuk sehinggakan kadang kala mereka turut mengalami kecederaan.

Semenjak 2017 lalu, Iman mula aktif berkongsikan realiti kehidupan mereka sekeluarga serta bagaimana cara untuk menangani ketika Adam mula mengamuk.

Dalam masa yang sama, mereka turut mempunyai pengikut tersendiri yang tidak pernah jemu melihat perkembangan kehidupan Adam sebagai remaja autism.

Ingat, anak autism bukan lah satu bebanan buat kita tetapi ia merupakan satu anugerah serta ujian yang perlu kita hadapi sebagai ibu bapa.

Semoga dengan Hari Kesedaran Autism Sedunia 2021 ini dapat menjentik hati kita semua supaya tidak lagi memandang serong terhadap kanak-kanak autism dan juga tidak menilai diri para ibu bapa yang mempunyai anak autism kerana mereka juga telah buat yang terbaik.

Sumber foto dan video: Instagram Adamautismefamily

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Cara Tangani & Elak Budaya ‘Favouritism’ Di Tempat Kerja

Jika dahulunya kita merupakan pekerja yang malas atau lambat buat kerja, ubah sikap malas tersebut. Selain itu, kita boleh tingkatkan juga komunikasi dengan boss, bertanyakan khabar atau meminta feedback tentang kerja kita. Bukan itu saja, kita juga perlu tanamkan dalam fikiran bahawa kita sedang berada di tempat orang. Jadi sebagai pekerja, kita harus mengikut rentak kerja pejabat itu. Seperti pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.’ Selagi apa... Klik […]

today2 April 2021