Semakin hari semakin banyak pula kes Covid-19 dikesan di Malaysia dan baru-baru ini kes positif Covid-19 sudah mencecah tiga angka selepas sekian lama angka jangkitan menurun.

Lebih mengejutkan lagi apabila banyak pusat membeli belah dikesan menjadi lokasi persinggahan beberapa individu yang dikatakan positif Covid-19.
Hal ini sangat membimbangkan kerana ramai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada meraka yang berada di sekitar Lembah Klang kerana kebanyakan kes didapati berjangkit di kawasan sana.
Antara lokasi pusat membeli belah di Lembah Klang yang dikesan ialah…
Suria KLCC
Salah seorang ahli pusat gimnasium telah disahkan positif Covid-19 pada 23 September yang lalu.
KL Gateway Mall
Salah seorang pekerja di Menara Suezcap 1 Office dilaporkan positif Covid-19 pada 25 September namun pada 27 September lalu disahkan beliau bebas daripada wabak tersebut.
The Linc KL
Ibu bapa kepada salah seorang pelajar taska di The Linc KL dilaporkan positif Covid-19 dan kanak-kanak itu telah ke taska tersebut pada 17 September yang lalu.
NU Sentral
Salah seorang pekerja disahkan positif Covid-19 pada 26 September dan pusat membeli belah tersebut telah mengambil langah berjaga-jaga dengan melakukan sanitasi di seluruh kawasan
Sunway Pyramid
Salah seorang pekerja di kedai kasut berjenama disahkan positif Covid-19 pada 26 September dan dikatakan pekerja tersebut telah berjalan ke tempat yang berisiko tinggi sebelum ini.
Central Walk I-City
Salah seorang pekerja di Central Walk Management Office dilaporkan positif Covid-19 selepas berkunjung ke tempat berisiko tinggi dan disebabkan itu pihak pengurusan telah menutup kawasan Central Walk Management Office sehingga 4 Oktober ini serta kesemua fasiliti yang berada di bangunan i-Soho, i-Suite dan Central Walk juga turut ditutup sementara waktu.
Diharapkan semua rakyat Malaysia dapat mengelakkan diri daripada berkunjung ke lokasi yang disebut ini kerana sudah pasti kita tidak mahu kes menjadi lebih tinggi selepas ini.
Pastikan sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan, kerap menjaga kesihatan diri dan hanya keluar apabila perlu sahaja.