Baru-baru ini tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh penyanyi sensasi iaitu Baby Shima menerusi akaun miliknya, yang dilihat seakan mempersenda orang kurang upaya (OKU).

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Shima memberitahu bahawa beliau sebenarnya tidak menyedari individu di dalam video berkenaan iaitu Zhariff Affandi adalah seorang OKU dan video TikTok tersebut telah dilakukan tanpa sengaja.
“Saya memang tak perasan langsung keadaan dirinya begitu sebab terlalu perhatikan kakinya. Selepas 30 minit saya berkongsi video itu, saya terus dikecam kerana tidak sensitif.”- ulas Shima
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia sudah memadam video berkenaan sejurus selepas menyedari Zhariff adalah seorang OKU dan memohon maaf terhadapnya.
View this post on Instagram
Shima juga mendakwa bahawa beliau dikecam teruk oleh warganet disebabkan video yang telah ditularkan kembali itu.
Menurut laporan Harian Metro, Shima dikatakan sudah berbincang dengan peguamnya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video itu tanpa mengetahui perkara sebenar.
Sumber : Instagram Baby Shima & Harian Metro
Baca artikel berkaitan : Muat Naik Video TikTok Seakan Persenda OKU, Netizen Berang Dengan Tindakan Baby Shima