Site icon Hot FM

Berjaya Lepasi Sekatan Jalan Raya, Ada Perkara Istimewa Dengan Van Ini

Kebelakangan ini banyak berita-berita yang memaparkan tentang individu yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa terutamanya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antaranya termasuklah arahan tidak membenarkan rentas negeri dilakukan susulan mahu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Justeru, pihak berkuasa kini kembali melakukan sekatan jalan raya untuk membendung orang ramai yang ingkar dengan cuba untuk balik ke kampung halaman.

Namun, baru-baru ini tular video sebuah van dengan bersahaja melepasi sekatan jalan raya. Ini yang menariknya tentang van itu:-

Menurut orang awam, van berkenaan adalah milik Jabatan Penerangan. Namun, sejauh mana kebenarannya belum lagi dikenalpasti.

Van tersebut memasang koleksi lagu-lagu raya berkemungkinan untuk menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 perkongsian selain menjadi bahan hiburan buat netizen.

Exit mobile version