Kebelakangan ini banyak muka-muka pelakon baharu yang kita lihat di kaca televisyen, sehingga perkara itu mengundang persoalan dari pelakon terkenal iaitu Izara Aishah.
Bagi yang terlepas, sebelum ini Izara ada menyuarakan ciapan mengenai instafamous yang diambil berlakon oleh pengarah yang dianggap ‘tiada bajet’ kerana pandemik Covid-19 yang sedang tular ketika ini :
Namun Izara menegaskan bahawa ciapan itu bukanlah ditujukan buat sesiapa, akan tetapi ada yang menyalah anggap ciapan Izara itu ditujukan buat bekas kekasih adik ipar beliau, Aazief Khalid, iaitu seorang instafamous, Sharifah Rose.
Apa yang lagi menghangatkan keadaan apabila instafamous berkenaan memuat naik satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya seakan ditujukan pada Izara :
Seperti yang anda lihat, Izara sempat membalas kepada ciapan tersebut untuk mendapatkan justifikasi instafamous berkenaan sehingga dianggap tidak matang oleh sesetengah netizen.
Tidak mahu disalah anggap, Izara memuat naik ciapan baharu menjelaskan persoalan sebenar tentang apa yang diisukan oleh beliau.
Menurut Izara, ciapan yang dimuat naik adalah random dan bukan ditujukan buat sesiapa, malah Izara menegaskan bahawa beliau tidak dengki dengan rezeki sesiapa, tetapi berasa kurang senang apabila pelakon-pelakon baharu berkenaan bersikap sambil lewa di set penggambaran dan lebih mementingkan populariti dan kecantikan berbanding bakat yang sepatutnya ditonjolkan.
Dalam pada itu, Izara sempat memberi kata-kata semangat buat Sharifah Rose untuk terus mengembangkan bakat yang dimiliki dan menjadi seorang yang diingati di dalam industri.
Untuk yang sudah berada di dalam industri seni, jangan mengambil kesempatan, berani kerana bakat dan teruskan usaha dalam mengembangkan lagi industri seni Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sumber : Twitter Izara Aishah & Sharifah Rose
Baca artikel berkaitan : Persoalkan Instagram Famous Jadi Pelakon, Netizen Beri Pandangan Kepada Izara Aishah