“Bangun pergi toilet dengaq bunyi pelik dekat dapor, abam dengaq macam ada orang ketuk lesung batu, hampa rasa…?”
Terdengar bunyi ‘ketukan’ seawal 4 pagi di kantin dengan lampu terang-benderang tak pelik lah kecuali dalam keadaan lampu gelap.
Netizen bidas dakwaan terhadap sebuah video TiktTok yang mempamerkan situasi cemas seakan-akan seram yang dihadapi seorang individu.
Caption:
“Tak berapa seram sangat aih…kantin pun terang-benderang, sah-sah acik kantin datang awal nak siapkan sarapan hangpa, ‘kucen’ pun dok miau miau nak makan.”
“Dia yang seram tau macam mana dok? Bunyi lesung batu, kantin gelap gulita dan pukoi 3 pagi.”

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit yakin bahawa bunyi yang didengari itu mungkin daripada persiapan makcik-makcik kantin yang masuk kerja lebih awal untuk menyiapkan masakan.
Namun begitu, terdapat komen netizen yang juga menyarankan untuk menggunakan peralatan blender berbanding lesung batu tambah-tambah di awal pagi.

Apa lah korang ni, makcik kantin usaha siapkan makanan lebih awal, boleh solat tahajjud sekali. Tak terkejut pun, malah makin murah rezeki tau.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Twitter @mrcreepyposta