Mengejutkan dan tidak disangka-sangka, kes harian COVID-19 pada 19 Mei sudah mencecah 6,075 yang mana merupakan tertinggi pernah dilaporkan semenjak pandemik melanda negara.

Sebelum ini, kes tertinggi yang telah direkodkan sebanyak 5,728 iaitu pada 31 Januari lalu dan kini angka semakin hari semakin meningkat.
Oleh itu, perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam diri rakyat Malaysia yang bagaikan sudah mati akal tentang apa yang akan terjadi selepas ini.
Seperti sedia maklum, kerajaan negeri Selangor telah membuat inisiatif untuk melakukan Program Saringan Komuniti secara percuma di seluruh negeri Selangor bermula 18 sehingga 23 Mei ini bagi mengawal penularan kes COVID-19.
Maka dengan itu, kes baharu di negeri Selangor hari ini telah mencecah sebanyak 2,251 dan angka tersebut turut mengejutkan rakyat Malaysia.
Menjengah di laman Twitter, ramai rakyat menyuarakan pendapat mereka tentang swab test percuma yang boleh dibuat di seluruh negeri supaya virus ini dapat dikesan dalam kalangan masyarakat.
Bagi mereka walaupun angka kes di Selangor agak membimbangkan tetapi secara tidak langsung ia dapat dikawal dengan lebih segera supaya tiada silent carrier dalam kalangan mereka.
Walau bagaimanapun, diharapkan ketika ini semua orang dapat terus bertenang dan kekal berada di rumah bagi mengelak diri dijangkiti dengan virus ini.
Sentiasa cuci tangan, elakkan berada di tempat sesak, pakai pelitup muka dan jangan keluar rumah jika tidak perlu.
Sumber foto: Twitter