Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, pastinya apa yang terjadi kepada pemuda ini membuatkan ramai bersimpati ke atasnya.
Menurut twit yang dimuat naik oleh akaun Twitter JAWI mendakwa seorang lelaki telah menceroboh kawasan ruang majlis akad nikah pada pagi 8 April.
Difahamkan juga pemuda tersebut telah duduk di atas pelamin, berzikir serta mengaji dengan kuat.
Selepas ditenangkan oleh pihk bertugas, di dapati pemuda tersebut telah mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.
Ramai pengguna Twitter turut bersimpati atas nasib yang menimpa pemuda tersebut dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Mungkin sebelum ini pemuda tersebut hampir kahwin dan ada perkara yang tak dapat dielakkan telah terjadi sehingga membuatkan beliau jadi begitu.
Apa pun, semoga pemuda itu baik-baik sahaja dan diharapkan semua orang yang pernah mengalami perkara yang sama akan terus kuat menempuhi ujian hidup.
Sumber foto: Twitter JAWI