Hot FM

“Dah Level Bisikan Yusuf Taiyoob,” Peminat Teruja Tunggu #30Hari30Resipi Khairul Aming Menjelang Ramadan

“Hey what’s up guys,”

Tagline yang tidak asing lagi buat tukang masak popular dalam talian yang terkemuka hanya ketika bulan Ramadan iaitu Khairul Aming.

Kehadirannya sangat dinantikan oleh pengguna sosial media kerena keletahnya ketika berada di dapur dan caranya merakam serta menyunting video yang mampu menarik perhatian bukan sahaja bagi golongan remaja, malah dewasa dan warga emas.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada tahun 2021 juga Khairul Aming bakal menghiasi bulan yang mulia ini dengan 30 menu terus kepada telefon bimbit atau komputer riba masing-masing.

Perkara tersebut dimaklumkan Khairul Aming menerusi laman Twitter dan Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata menunjukkan keterujaan masing-masing selain ada yang menyifatkan Khairul Aming sudah setanding dengan bisikan Yusuf Taiyoob yang menjelma hanyat ketika bulan puasa.




Wah! Banyak respon dan reaksi positif yang diberi peminat kepada selebriti chef kita ni kan!

Untuk pengetahuan anda, tahun 2021 adalah tahun keempat buat Khairul Aming menceburi bidang ini.

Semoga Khairul Aming terus berjaya menghiburkan peminat dan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.

 

Sumber video: Twitter Khairul Aming

Exit mobile version