Disebabkan pandemik COVID-19 ini, kesemua pelajar sekolah masih lgi tidak dibenarkan untuk makan di kantin dan hanya dibenarkan untuk makan di dalam kelas sahaja.
Disebabkan itu ramai ibu bapa mencari inisiatif lain untuk memudahkan anak mereka makan di sekolah tanpa perlu membeli makanan sendiri di kantin.

Foto seorang kanak-kanak sekolah rendah yang sedang menikmati makanannya di dalam mangkuk tingkat telah mendapat perhatian ramai.
Namun tindakan seorang influencer yang juga usahawan seakan-akan memperlekehkan usaha si ibu menyediakan makanan buat anaknya membuatkan ramai naik berang.

Netizen telah meluahkan rasa kecewa terhadap influencer yang juga merupakan seorang ibu itu.
Bagi mereka walaupun tiada kesalahan besar di twit yang ditulis olehnya itu, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi bahan ketawa sedemikian.

Dalam masa yang sama, ada segelintir turut menyebut semula tentang isu mengenai dirinya yang merupakan seorang pejuang antivaksin.

Alamak, rasanya tak perlu lah juga netizen mengungkit mengenai isu antivax tersebut.
Apa pun, kita jangan sesekali memperlekehkan usaha sesiapa sahaja sebab kita tak tahu mungkin ada kesusahan lain disebalik usaha tersebut kan?
Sumber foto: Twitter