Penyanyi rap dan personaliti media sosial terkenal iaitu Caprice baru-baru ini mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya @capriceofficial telah digodam ataupun ‘hacked’ selepas menerima panggilan daripada seorang individu yang tidak dikenali yang memperkenalkan dirinya sebagai Charles dari Amerika Syarikat, New York.
Menurut Caprice, akaun instagram miliknya yang mempunyai 1.5 juta pengikut itu berkemungkinan digodam kerana beliau sangat aktif di laman sosial itu bercakap mengenai isu Palestin dan Israel yang sedang melanda negara ketika ini.
Menerusi akaun rakannya yang juga penyanyi Meerfly, Caprice turut memberitahu bahawa dia kini sedang cuba mendapatkan kembali akaunnya itu.
View this post on Instagram
Menulis di ruangan kapsyen :
“salam guys, i may have been hacked. caprice dah mintak tolong one of my hacker friends to help me log back in… maybe sebab kita terlalu bayak post pasal Palestine.. InsyaAllah ill get it back…. kita rase diaorang betul2 koyak ni.”
Sebelum akaun milik Caprice digodam, beliau sempat membuat hantaran lagu baharu berjudul “Koyak” yang ditujukan khas buat Israel sehingga menjadi trending.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ramai berharap supaya Caprice berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya itu dan mendoakan supaya kemenangan berpihak kepada Palestin.
Sumber : Instagram Meerfly