Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ditegur PU Syed Kerana Sering Berpakaian Seksi, Sharifah Sakinah Tenang Terima Teguran

today8 March 2021

Background

Bagi yang mengikuti pelakon sensasi terkenal iaitu Sharifah Sakinah di laman Instagram pasti sudah familiar dengan perwatakan beliau yang dilihat lincah, sempoi dan seksi.

Walaupun sering kali menerima kritikan dan komen-komen negatif daripada netizen, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired seakan sudah lali dengan perkara berkenaan.

Terbaharu, Sakinah ‘ditegur’ oleh seorang pendakwah bebas terkenal iaitu PU Syed yang menyuarakan pendapat mengenai pakaiannya yang dilihat kurang sesuai ditonton oleh pengikut dan peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Hantaran itu dimuat naik kembali oleh Sakinah dengan kapsyen :

“#sedarasedara done tegur . Im sorry, doakan yang baik baik” – tulis Sakinah

Nampaknya Sakinah menerima teguran PU berkenaan dengan hati terbuka.

Malah meninjau di ruangan komen hantaran itu, ramai yang memberi komen positif dan suka dengan cara matang Sakinah menerima teguran.

Tak apa, slowly but surely. Kita doa yang baik-baik buat Sakinah okay?

Sebelum ini Sakinah mendedahkan bahawa dirinya sudah bertunang dengan kekasihnya dari Sweden iaitu Michael Hansen pada Disember tahun lalu secara sederhana.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

Baca artikel berkaitan : “Saya Dah Tunang,” Sharifah Sakinah Umum Bakal Nikah 28 Mei

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

JPJ Kini Buru Lori & Bas Yang Menggunakan ‘Hon Tenonet’ Pada Kenderaan Mereka. Awas!

Menurut JPJ Negeri Selangor, penguatkuasaan terhadap kenderaan yang memasang 'hon tenonet' secara aksesori (retrofit) telah diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.Kesalahan ini boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.Selain itu, kenderaan memasang 'hon tenonet' ini juga telah diambil tindakan dengan... Klik sini untuk baca artikel […]

today8 March 2021