“Is That Tony Fernandes??”
Memuat naik video menari di laman TikTok, pengikut Tony Fernandes terkejut dengan telatah ‘boss awan’.

Rata-rata pengguna aplikasi TikTok gemar untuk mengikuti trend serta challenge terbaru, kini Tony Fernandes juga sudah mulai berkecimpung dalam ‘dunia TikTok’ sehingga beliau berjaya mengumpul sebanyak 113 ribu pengikut dan 814 ribu tanda suka.
“Tak sangka boss pandai jugak ehh beryoyang….sakan betul hahahah…terhibur sis tengok”
Selain dipuji sebagai boss yang sporting dan kelakar, beliau juga diberi pujian kerana bijak mencari ruang untuk mengeratkan silaturahim bersama pekerjanya melalui aktiviti ‘riadah’ dalam pembikinan video TikTok.

“Boss super dance… I like your dance Boss I like…You are the best super dancer…. I like it so much!!”
Dikala situasi yang mungkin sukar buat kita untuk terus tersenyum dan bergembira di waktu pandemik ini, mungkin kemunculan video-video yang mencuit hati mampu mengurangkan stress dan bebanan yang dihadapi oleh seseorang individu.

Jadi buat lah apa yang menggembirakan anda, asalkan pematuhan Standard Operation Procedure (SOP) masih dijaga agar penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan jayanya.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: TikTok Tony Fernandes