Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Feeling Macam Kat Airport” Syed Saddiq Dan Netizen Kagum Bekas Kabin Kru Jadi Sukarelawan Vaksinasi

today3 June 2021

Background

Nampaknya sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dos pertama dan ada juga yang sudah lengkap dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masing-masing di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tidak terlepas daripada menjadi salah seorang penerima vaksin, ahli politik muda terkenal iaitu Syed Saddiq turut sama mendaftar seperti rakyat biasa dan telah mendapatkan suntikan vaksin jenis AstraZeneca dos pertama seperti yang dikongsikan di laman Twitter miliknya pada 1 Jun lalu.

Selain itu, Syed Saddiq turut memberitahu bahawa salah seorang sukarelawan yang membantunya ketika di Pusat Vaksinasi Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam adalah seorang bekas kabin kru, malah memuji mereka kerana sangat hebat melakukan kerja mereka tidak kira di darat mahupun di atas awan.

Lihat reaksi-reaksi netizen di Twitter yang ikut teruja mendengar announcement yang dilakukan oleh bekas kabin kru tersebut!

Kepada yang rindu akan suasana di lapangan terbang, mungkin boleh lepas rindu ketika menerima vaksin nanti kerana kabin kru itu lah yang akan memberikan announcement kepada anda!

Salute kepada semua bekas kabin kru yang sentiasa berdedikasi dan berkhidmat untuk negara!

Kepada yang belum mendaftarkan diri untuk menerima vaksin, anda boleh lakukannya melalui dua kaedah, iaitu secara dalam talian menerusi aplikasi MySejahtera atau daftar di laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Sumber : Twitter Syed Saddiq

Written by: Fieyna Azman


Previous post