Kita baru sahaja memasuki hari kelapan menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan tetapi banyak pula isu yang sudah terjadi sepanjang seminggu ini.
Semenjak 19 April lalu, nama pendakwah bebas PU Amin menjadi sebutan ramai selepas fotonya bersama dengan seorang usahawan muda dan juga personaliti media sosial, Nadira Isaac menjadi persoalan netizen.

Disebabkan foto yang dimuat naik oleh Nadira di laman Instagram miliknya, PU Amin telah dikecam hebat dan difitnah dengan begitu teruk sekali sehingga membuatkan beliau sendiri terkejut dengan apa yang dilaluinya itu.
Namun, sebagai penganjur, Nadira mengambil keputusan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya.
“Dira nak ucapkan terima kasih pada PU Amin sebab sudi datang waktu majlis pelancaran haritu. Dira tak sangka benda ni tercetus macam ni, niat Dira hanya untuk kongsikan gambar tu sahaja di posting IG.”
“Terima kasih juga pada PU sebab sempat bagi tazkirah pada tetamu. Saya rasa pendekatan tazkiran PU sangat sesuai kerana dapat mendekatkan diri saya dan rakan-rakan yang lain.”
PU Amin telah dijemput bagi membacakan doa dan memberi sedikit tazkirah kepada tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Dalam masa yang sama, Dira telah memadam semula foto tersebut kerana tidak mahu isu itu berlanjutan dengan lebih lama.
Viral gambar saya dengan 2 individu dalam sebuah acara tertutup baru baru ini. Ceritanya, Saya dijemput untuk baca doa…
Posted by PU Amin on Sunday, April 18, 2021
Tidak ketinggalan, usahawan berusia 21 tahun itu turut berharap agar dapat diberi peluang untuk menjemput PU Amin datang ke pejabatnya bagi memberikan tazkirah.
Semoga isu seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana hanya disebabkan sekeping foto, habis fitnah dilemparkan kepada orang yang tidak bersalah.
Sumber foto dan video: Instagram Nadira Isaac