Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Gara-Gara Guna Nama Selebriti Untuk ‘Laku’ Kan Produk, Ejen Kosmetik Ini Di ‘Sound’ Mira Filzah

today7 May 2021

Background

Trend ‘self claim’ nampaknya semakin menjadi-jadi di kalangan peniaga yang mahu produk atau barangan niaga mereka laku dengan menjual nama-nama selebriti atau foto mereka demi untuk meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap barangan mereka.

Itulah yang berlaku baru-baru ini sehingga tular di media sosial mengenai ciapan seorang individu yang bekerja sebagai ejen produk kosmetik dan penjagaan kulit terkenal iaitu Mary Kay mendakwa bahawa selebriti terkenal, Mira Filzah turut menggunakan produk kosmetik mereka sedangkan pelakon itu tidak memakai produk tersebut.

Nampaknya perkara itu mengundang perhatian Mira, lantas beliau membalas ciapan itu dengan mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan produk itu seperti yang di ‘claim’ oleh individu tersebut.

“Tak. Minta maaf. Saya tak guna Mary Kay.” tulis Mira

Membalas ciapan itu secara ringkas dan straight forward, ini respon warganet terhadap isu tersebut :

Selepas menerima pelbagai kecaman, individu tersebut bertindak memadam ciapan berkenaan dan turut memohon maaf pada pelakon itu.

Aduhai, harap korang semua jadikan perkara ini sebagai iktibar dan berniaga dengan jujur jika mahu rezeki yang berkat.

Sumber : Twitter Mira Filzah

Written by: Fieyna Azman