“Cucuk kuat-kuat sikit jarum tu amboi mak ehhh geram sungguh la dekat dia episod semalam tu ??”
Sering disogok dengan watak hero baik dan romantik, kali ini berbeza pula reaksi penonton setelah pelakon popular Shukri Yahaya membuktikan dirinya mampu melakonkan pelbagai karakter termasuk antagonis sekali gus mencapai misi menjadi aktor versatil di persada hiburan tanah air.
Namun kerana padah terlalu menjiwai karakter sehingga mampu membuatkan penonton menyimpan dendam terhadap dirinya, peminat Shukri Yahaya dikatakan seperti mahu menyakitkan pelakon tersebut meskipun di luar layar kaca televisyen.
Memuat naik hantaran di laman TikTok, tular sebuah video seorang pengguna aplikasi berkenaan berkongsi rakaman kehadiran Shukri Yahaya ke pusat penerimaan vaksin Covid-19 namun terlihat disambut dengan perasaan yang sedikit kurang menyenangkan hanya kerana memikirkan lakonan watak beliau yang terlalu menjadi sehingga menyakitkan hati para penonton.
@namor.shopDrama yg tengah hangat skrg ? ##fyp ##tiktok ##viral ##smallbussiness ##racunintiktok ##rinduawakseparuhnyawa♬ original sound – namor.shop
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang juga merupakan penonton setia drama lakonan Shukri Yahaya yang sedang ditayangkan itu kebanyakkan meluahkan mahu pelakon ini merasai kesakitan ketika dicucuk.

Walau bagaimanapun, komen-komen yang ditinggalkan hanyalah sekadar gurauan nakal di antara warganet yang ingin menyakat pelakon kegemaran mereka ini sahaja.
Mengetahui bahawa sifat sebenar Shukri Yahaya jauh beza daripada lakonan drama berkenaan, netizen hanya membuat usikan manja bahawa ingin menyakitkan Shukri Yahaya.
Shukri Yahaya dikhabarkan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 tanpa sebarang “kesakitan” yang dilakukan oleh mana-mana pihak seperti yang ditinggalkan di komen-komen.
Namun, diharapkan para penonton tidak lah terlalu terikut-ikutkan perasaan sehingga terbawak-bawak watak lakonan pelakon kegemaran anda, tak baik tau usik Shuk!
Eh! Nakal tau netizen ni, Shuk mesti gelak je baca komen-komen korang tu.
Apa-apa pun tahniah Shukri Yahaya kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menerima suntikan Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: TikTok