Hot FM

Gelagat Comel Di Instagram Reels Mencuri Perhatian, Ramai Puji Siti Nurhaliza Tampak Muda

Sekitar dua tahun lalu aplikasi media sosial, Instagram pernah memperkenalkan ciri baharu iaitu Reels dan Music.

Ia bagaimanapun tidak meluas dimana pengunaannya hanya terhad kepada beberapa negara sahaja dimulai dengan Brazil.

Selepas hampir dua tahun menunggu, Facebook Malaysia kini memperkenalkan fungsi tersebut kepada pengguna Instagram di Malaysia, sekali gus menyaingi platform TikTok.

Tidak terlepas menjadi salah seorang pengguna Reels, selebriti kesayangan Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah memuat naik video Reels beliau di laman Instagram!

Nampaknya ramai yang terpesona dengan kecomelan Tokti membuat video Reels dengan lagu baharu Bruno Mars, “Leave The Door Open” itu.

Lihat sahaja komen-komen pengikut Tokti di bawah ini :

Comel lah Tokti ni! More videos please!

Sumber : Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza

Baca artikel berkaitan : Sudah 25 Tahun Dalam Industri, Siti Nurhaliza Imbau Kisah Rakaman Lagu Pertama

Exit mobile version