Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang petugas barisan hadapan (front liners) cuba untuk menghiburkan pesakit COVID-19 menerusi laman Twitter.
Video tersebut di muat naik oleh rakan pakar bedah tersebut di sebuah pusat perubatan di India.
Dapat dilihat bahawa selain menjalankan tugas mengekang wabak berkenaan untuk menyelamatkan nyawa, mereka juga mempunyai sense of humor.
Meet my #COVID duty colleague Dr Arup Senapati an ENT surgeon at Silchar medical college Assam .
Dancing infront of COVID patients to make them feel happy #COVID19 #Assam pic.twitter.com/rhviYPISwO— Dr Syed Faizan Ahmad (@drsfaizanahmad) October 18, 2020
Video berkenaan sehingga kini telah meraih lebih daripada 3 juta tontonan selain reaksi positif daripada netizen.
Di kesempatan ini, Hot FM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana telah berkorban tenaga dan masa demi menjadi wira negara yang bekerja keras sejak dari awal wabak ini dikesan.
