Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guna Lagu Raya Untuk Iklan Judi, Ramai Berang Dengan Tindakan Tidak Bertanggungjawab Ini

today16 April 2021

Background

Perayaan keagamaan sepatutnya diraikan dengan meriah tanpa diganggu oleh perkara sensitif yang boleh mencemarkan kesucian sesuatu agama.

Namun, perkara yang tidak diingini telah berlaku apabila tular satu lagu hari raya yang digunakan untuk mempromosikan perjudian.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Ashraf Muslim melalui Instagram beliau pada 15 April 2021.

Hantaran itu menunjukkan Ashraf meluahkan rasa kesal dan marah dengan perkara tersebut.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Kurang Ajar!

Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tgk ni telah merosakkan bulan yg suci ini.
KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa!
JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi mcmni.”

Ashraf juga menjelaskan sebab beliau berkongsi hantaran berkenaan.

“Kalau lah korang ni islam, menjawablah dengan Allah swt.
Aku post video ni bukan utk korang main judi atau nak promote bisnes dierg tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan islam secara halus. Dan media sosial adalah tempat yg mudah utk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH!”

Pelakon itu turut sertakan potongan ayat Al-Quran untuk memberi penerangan kepada semua.

“Berani kerana benar.

وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿ ٤٢ ﴾

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

Al-Baqarah, Ayat 42″

Beliau berharap agar pihak yang terlibat dengan pembikinan video tersebut agar dikenakan tindakan.

“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yg buat idea ,klien yg terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yg terlibat dengan video ini.Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama islam sebagai agama rasmi.”

Dalam pada itu, ramai yang menyatakan pendapat mereka berkaitan hal ini pada ruangan komen.

Semoga kes ini disiasat dengan teliti untuk mengelakkan perkara sensitif sebegini berlaku lagi.

 

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Cemburu Posmen Asyik Hantar Barang Online Mak, Pos Malaysia Beri Kejutan Pada Budak Ini

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa gembira melihat reaksi kanak-kanak itu.Malah, ada yang memuji tindakan pihak Pos Malaysia yang memberikan barang berguna itu untuk mendidik anak-anak supaya menabung dari kecil.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 78.2K views, 4,656 likes dan 184 comments di TikTok.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

today16 April 2021