Umum mengetahui, setakat 10 Mei 2020 seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sehubungan itu, pihak polis sudah bersiap siaga untuk bertugas dengan melakukan sekatan jalan raya (SJR) di kebanyakan lokasi tumpuan supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya dapat melanggar garis panduan yang telah ditetapkan kecuali sekiranya mempunyai tujuan kecemasan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini.
Video berdurasi 27 saat itu jelas memaparkan anggota polis yang bertugas sedang mengalihkan kon selepas ditolak kuat dek kerana hujan lebat.
Jaga diri. Thanks for your service. 🙏🏽 https://t.co/NVhe70hL3v
— Mag (@magmalaya) May 9, 2021
Video yang sehingga kini telah mendapat lebih daripada 100,000 tontonan itu juga memaparkan banyak kereta yang terlepas daripada sekatan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi positif selain menitipkan doa buat anggota yang bertugas.
Semoga pihak polis yang terlibat dalam menjalan tugasan harian sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.
Take care ‘abam’ polis!
Sumber: Twitter