Pelakon sensasi terkenal di Malaysia yang sering menjadi sebutan iaitu Sharifah Sakinah baru-baru ini mendedahkan kepada umum bahawa beliau sebenarnya menghidapi penyakit kegelisahan melampau (anxiety) dan depresi sejak beberapa tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah memberitahu bahawa dia telah berjumpa beberapa orang doktor dan pakar terapi, malah mengambil pelbagai ubat untuk merawat penyakit yang sedang dihadapinya.
“For the past couple of years my life has consisted of visits to different kind of doctors and therapists, lists of medications (including self medication) and I’ve been fumbling in darkness over my own actions. I’ve suffered from heavy depression, anxiety with self-harming behavior and my world has sometimes been reduced to my room where I’ve spent days in bed without going up.”
My anxiety and depression has sometimes been so bad that I’ve been afraid of my own actions, or actions I might take if I didn’t pop my pills. I’ve been my own greatest danger…
Menurut Kinah, anxiety dan depresi yang dihadapi kadang-kadang terlalu teruk sehingga beliau takut akan membahayakan diri sendiri dan orang di sekeliling.
Malah, Kinah mendedahkan bahawa diri dan mentalnya kini tidak berada dalam keadaan yang baik, sehingga Kinah mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara luar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Kinah meluahkan rasa syukur masih dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang boleh menerima dirinya.
“Luckily I’ve had people around me that love me and that has supported me, not to do something I might later would regret. I’ve prayed to God and my fitness and workout has helped me ventilate and to release a lot of my stress when my thoughts have been tumbling around. However, sometimes prayers isn’t enough and I’ve now realized I can’t do this fully on my own and I need a change of scenery, which is why I plan to leave Malaysia.”
Kinah juga turut menyuarakan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia seni dan lakonan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya dan berjanji akan kembali kuat dari sebelum ini.

I’ve already informed that I will take a break from acting and now you know the real reason why. I need a break and I need to focus on my own personal challenges so I hopefully can reach the paradigm shift I’m hoping for.
My break doesn’t mean that this is the last you’ve seen from me. I love acting and I plan to come back stronger (and fitter) than ever ??
Kami di Hot FM turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mental Kinah kembali seperti dahulu dan berharap Kinah terus kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber : Instagram Sharifah Sakinah
Baca artikel berkaitan : Ditegur PU Syed Kerana Sering Berpakaian Seksi, Sharifah Sakinah Tenang Terima Teguran