Connect with us

Viral

Isteri Hamil Mengidam Makanan Digelar Wanita Mengada, Warganet Kecewa Dengan Sikap Suami Kedekut

Muat naik video Tiktok menggambarkan situasi kempunan ibu hamil, para isteri bongkar kisah sedih mereka tidak dilayani suami

Published

on

“Saya nak satay jer pon, suami tak layan…jiran jugak yang carikan?…Alhamdulillah lepas ni takde lagi dah nak mengandung anak dia

Kehamilan merupakan perjalanan yang seharusnya menjadi indah bagi insan yang bergelar ibu, malah ia merupakan waktu yang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada keluarga, terutamanya suami.

Setiap ibu yang hamil sememangnya mempunyai “pe’el” masing-masing malah, setiap anak yang dikandung juga mempunyai alahan yang berbeza.

Hal yang demikian bukanlah, sesuatu yang sengaja diada-adakan malah keinginan untuk makan atau bau sesuatu itu merupakan kehendak yang tidak diduga.

Memuat naik video perkongsian di laman TikTok, seorang wanita menggambarkan perasaan bagaimana ibu hamil yang terpaksa menahan diri kerana tidak dapat memenuhi kehendak hati untuk makan makanan yang diingini.

Perkongsian video TikTok itu telah dikongsi di laman Twitter dan telah meraih perhatian para isteri yang turut membongkar kisah sedih mereka mengenai sepanjang perjalanan hamil bagi mereka yang bergelar isteri dan tidak dilayani suami hanya kerana mengidamkan sesuatu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sikap suami yang tidak prihatin meskipun isteri mereka sedang sarat mengandung.

Mengidam sesuatu itu mungkin kadang terdengar aneh dan menyusahkan namun perubahan hormon yang telah berlaku menyebabkan para ibu hamil ini mengidam disebabkan badan yang kekurangan vitamin, kalsium, mineral dan segala zat yang diperlukan oleh badan si ibu.

Bahkan sepanjang tempoh kehamilan ini juga tubuh ibu mudah terkena serangan penyakit seperti selsema, demam, batuk, sakit kepala dan beberapa alahan.

“Apa kena eh lelaki zaman skrg ni? Tadi isu susu mahal suruh jimat2 minum milo pun boleh besar dpt degree jgk. Ada yg kata rela jadi hamba susu lembu dari susu isteri sendiri. Skrg isteri mengidam kata menyusahkan. Penat la aku jadi lelaki ni. Esok pakai kebaya kang! ?”

Memang tidak dinafikan, kadang-kala sesuatu yang diidamkan itu sukar untuk ditunaikan namun tidak salah untuk mencuba memenuhi mengikut kemampuan dan apa yang termampu.

Situasi berkenaan bagaimanapun adalah normal kerana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon dan emosi si ibu.

Menurut sumber sebuah laman portal, ramai pakar perubatan berpendapat bahawa perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan.

Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.

Dalam tempoh itu, suami adalah individu paling penting yang perlu berkongsi susah senang dan melayani semua rungutan dan perubahan emosi itu.

Jangan biarkan si ibu ini kempunan seperti kisah dongeng telur tembakul, sesungguhnya emosi mereka ini mampu mempengaruhi kondisi kesihatan bayi yang berada di dalam kandungan.

Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.