Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu Azan Awal 3 Minit Dan Puasa Tak Sah Di Sri Gombak, Ini Reaksi Warganet

today21 April 2021

Background

Siapa sangka hanya disebabkan kesilapan teknikal yang berlaku telah menyebabkan puasa penduduk di kawasan Taman Sri Gombak telah terbatal pada 19 April lalu.

Kenyataan itu telah disahkan sendiri oleh Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak dalam satu permohonan maaf selepas laungan azan Maghrib dilakukan awal tiga minit daripada waktu yang sepatutnya.

Masjid Al Khairiyah. Taman Sri Gombak, Batu Caves | izzulislami6 | Flickr

Tambah bilal Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hazizul Masdin, sesiapa yang berbuka awal selepas mendengar azan tersebut secara langsung puasa mereka telah terbatal dan perlu digantikan pada masa akan datang.

Selepas perkara itu tular di media sosial, ramai warganet meluahkan rasa terkejut dan kecewa mereka atas apa yang telah berlaku.

Pelbagai reaksi oleh warganet dapat dilihat di media sosial namun itu bukan bermaksud ia boleh dijadikan bahan gelak ketawa.

Semoga apa yang berlaku ini dapat diambil sebagai pengajaran kepada kita semua dan setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Sumber foto: Twitter

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

“Auto Patah Balik” – Suami Tak Basuh Cawan Lepas Minum, Isteri Cincang Sayur Sambil Jeling

Bukan apa, hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada salah seorang merasa terbeban kerana terpaksa mengemas rumah seorang diri tanpa bantuan si suami mahupun isteri.Tambahan lagi jika kedua-duanya bekerja, sudah pasti cepat penat dan mudah stres jika urusan rumah tangga tidak diuruskan dengan betul.Oleh itu, setiap pasangan haruslah sama-sama melakukan kerja rumah. Seperti contoh, jika isteri sudah memasak, suami pula tolong basuh pinggan.Berbeza pula dengan video yang viral di... Klik sini […]

today21 April 2021