Hot FM

Isu Azan Awal 3 Minit Dan Puasa Tak Sah Di Sri Gombak, Ini Reaksi Warganet

Siapa sangka hanya disebabkan kesilapan teknikal yang berlaku telah menyebabkan puasa penduduk di kawasan Taman Sri Gombak telah terbatal pada 19 April lalu.

Kenyataan itu telah disahkan sendiri oleh Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak dalam satu permohonan maaf selepas laungan azan Maghrib dilakukan awal tiga minit daripada waktu yang sepatutnya.

Tambah bilal Masjid Negeri Selangor, Ustaz Hazizul Masdin, sesiapa yang berbuka awal selepas mendengar azan tersebut secara langsung puasa mereka telah terbatal dan perlu digantikan pada masa akan datang.

Selepas perkara itu tular di media sosial, ramai warganet meluahkan rasa terkejut dan kecewa mereka atas apa yang telah berlaku.

Pelbagai reaksi oleh warganet dapat dilihat di media sosial namun itu bukan bermaksud ia boleh dijadikan bahan gelak ketawa.

Semoga apa yang berlaku ini dapat diambil sebagai pengajaran kepada kita semua dan setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Sumber foto: Twitter

Exit mobile version