Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu Langgar SOP Dalam Majlis Berbuka Puasa, Caprice Tampil Petik Nama Nurin Afiqah

today3 May 2021

Background

Kesalahan melanggar garis panduan atau SOP yang ditetapkan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini sangat diberi perhatian.

Tambahan lagi jika perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan selebriti, maka isu itu akan menjadi lebih panas dan cepat tersebar.

Baru-baru ini kecoh tentang satu majlis rumah terbuka yang dihadiri oleh ramai nama-nama yang dikenali ramai, yang mana ia dikatakan telah melanggar SOP.

Pada 3 Mei 2021, usahawan selebriti Caprice telah memberi reaksi beliau mengenai isu tersebut.

Baca artikel berkaitan: Majlis Buka Puasa Tak Ikut SOP Dihadiri Para Selebriti, Netizen Minta Buat Laporan Polis

Hantaran itu memetik nama selebriti media sosial yang juga seorang pelakon baharu, Nurin Afiqah.

Melalui caption:-

“Demi product and marketing, sanggup aniaya artist2 lain dan anak yatim? @nurinafiqaaah please confess to the police that you came to @rinduraudahofficial private buka puasa, bawak cameraman you, dan pandai2 tarik artist dan anak yatim di LUAR event hall untuk bergambar dgn your product… pandai2 buat kerje, pandai2 lah tanggung.”

Menurut Caprice, Nurin sepatutnya tampil memberi keterangan dengan kejadian yang berlaku pada hari tersebut.

Ini kerana Nurin dikatakan mengajak anak-anak yatim mengikutnya untuk bergambar bersama demi tujuan pengiklanan produk.

Benarkah begitu?

Sementara itu, Nurin telah meninggalkan komen beliau pada perkongsian Caprice ini.

Nampaknya, isu ini sangat hangat diperbahaskan.

Bagaimanapun, semoga ia dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak.

 

Sumber: Instagram Caprice dan Nurin Afiqah

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Lakonkan Semula ‘Alasan’ Mahu Rentas Negeri, Video Hafiz Mahamad Ini Jadi Bualan Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut meluahkan perasaan sedih mereka kerana tidak boleh merentas negeri.Malah, ramai juga yang terhibur melihat gelagat Hafiz Mahamad itu kerana dapat relate dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 666K views, 99,637 likes dan 1,770 comments di Instagram.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

today3 May 2021