Acap kali kita dengar isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan golongan selebriti dan ‘kayangan’.
Namun netizen biasa tak langgar SOP ke?
Itulah yang ditegur oleh pengarah dan penerbit Michael Ang melalui satu hantaran di Instagram beliau pada 18 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Berang Dengan Pihak Yang Langgar SOP, Michael Ang Suruh Guna Otak!
Michael mngecam mereka yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri kerana pulang beraya.
Ia jelas melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Salam semua. Dah bersedia untuk Di maki Dan Di kecam untuk posting ni. Tapi sebelum nak kecam make sure rumah u all Ada cermin n pergi cermin diri sendiri sebelum nak kecam apa apa ya. Luv u all n be safe! By the way I post ni tak bermakna aku setuju dgn org yg tak Ikut Cakap kerajaan atau ikut SOP ! I rasa org ni semua SELFISH N IDIOTS!”
Dalam pada itu pada ruangan komen, ramai yang bersatu hati bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Michael.
Ingat, tidak kiralah golongan apa pun, SOP kena patuhi tau!
Sumber: Instagram Michael Ang