Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Jumpa Di Mall” Tak Boleh Ziarah Raya, Ramai Luah Perasaan Pada Posting Instagram Jinggo

today14 May 2021

Background

Seperti kita sedia maklum, seluruh negara kini sekali lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita juga perlu mengikuti setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antara SOP Aidilfitri yang dikeluarkan ialah tiada aktiviti ziarah raya dibenarkan serta setiap kenderaan persendirian hanya dibenarkan dinaiki tiga orang sahaja.

Maka dengan itu, penerbit Jinggo telah memuat naik satu video ringkas dengan menulis beberapa SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Tanpa disangka, ruangan komen video tersebut telah dibanjiri dengan ‘luahan perasaan’ daripada segelintir warganet.

Mereka tertanya-tanya mengapa hanya tiga orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Ada juga yang kecewa serta menerima dengan hati yang terbuka segala SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Apa pun kalau taknak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, ada baiknya jika kita ikut sahaja kata pihak berkuasa okay.

Sumber foto dan video: Instagram Jinggo

 

 

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post