Polis dan masyarakat berpisah tiada, itu la satu perkataan yang sesuai untuk digambarkan bagi kejadian ini.
Satu video pendek berdurasi selama 1 minit 19 saat telah tular di media sosial pada 16 Oktober lalu menunjukkan seorang aggota polis telah dikasari oleh sekumpulan lelaki.
Satu perbuatan yang amat KURANG AJAR dengan anggota @PDRMsia – boleh tangkap dibawah S186 Kanun Keseksaan & S14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dah lah mabuk, nak tunjuk pandai pula lagi! pic.twitter.com/duQVILcBQ8
— SS (@SanjeevanSS) October 16, 2020
Video itu dirakam sendiri oleh salah seorang lelaki di sana selepas mereka ditahan oleh anggota polis di Plaza Tol Slim River.
Mengikut sebuah akhbar tempatan memberitahu, pihak polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muallim telah menerima aduan berkenaan sekumpulan lelaki yang sedang mabuk telah membuat bising dengan memasang muzik kuat di plaza tol itu pada jam 3:30pagi.
Jangan hentam pistol, jangan! Angkat pistol apa? Kita orang Slim juga! Kenapa angkat pistol? Try try! You polis mana?

Video itu menunjukkan mereka telah bersikap kasar terhadap salah seorang anggota berkenaan dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta mencabar kesabaran beliau dan tidak mahu memberi kerjasama.
Netizen yang menonton video tersebut berapa berang dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak menunjukkan rasa hormat pada anggota awam yang sedang bertugas.
Mereka juga memuji sikap kesabaran yang ada pada anggota tersebut walaupun jelas diwajahnya menunjukkan dia berasa berang dan hampir untuk mengeluarkan senjata api miliknya.
Dalam masa yang sama, keempat-empat suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang penjawat awam melakukan tugas yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.