Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kecewa Harimau Malaya Kalah Kepada UAE, Ramai Sokong Pandangan Fizz Fairuz

today4 June 2021

Background

Rakyat Malaysia cukup teruja untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah berlangsung pada awal pagi Jumaat, 4 Jun 2021.

Bagaimanapun, perlawanan untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai itu berakhir dengan kekecewaan apabila skuad Harimau Malaya tewas 4-0 di tangan UAE.

Antara selebriti yang menyatakan kehampaan dengan perlawanan tersebut ialah Datuk Fizz Fairuz yang telah berkongsi perkara tersebut di Instagram beliau.

Baca artikel berkaitan: Tidak Mahu Langgar SOP Pada Hari Raya, Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Ziarah Kubur Anak Sebelum PKP

“Hancur!!!!! Hampa!!!!! Kecewa !!!!!!! Nk buat macamana,bola sepak.. tapi frust la..”

Namun bukan hanya beliau yang kecewa, malah ramai lagi yang menyuarakan hal yang sama melalui ruangan komen.

Apapun, semoga skuad Harimau Malaya akan bangkit dan ayuh kita sama-sama tetap menyokong pasukan kebangsaan kita ini!

 

Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz

Written by: Hasanah Yusof


Previous post