Umum mengetahui bahawa umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa pada tarikh 13 April 2021, seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam 12 April 2021.
Rakyat Malaysia juga sudah terbiasa menunggu di hadapan televisyen dan menjadi satu aktiviti wajib menunggu pengumuman puasa dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tersebut.
Namun seperti biasa, apa yang menjadi perhatian netizen ialah warna baju yang dipakai oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, ramai yang meneka atau ‘menikam’ warna baju beliau sehingga tular di rata-rata media sosial.
Tahun ni aku teka dia pakai warna merah. Bagaimana dengan anda? pic.twitter.com/9LRCh5HORY
— brgsjks (@brgsjks) April 12, 2021
Menerusi ciapan yang di muat naik oleh salah seorang pengguna di Twitter iaitu @brgsjk, beliau meneka bahawa warna baju yang dikenakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan adalah merah.
Manakala netizen-netizen di Twitter juga sempat memberikan tekaan mereka, lihat respon mereka ini :

Nampaknya Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengenakan baju melayu berwarna biru muda lah!
So amacam, tekaan korang mengena tak?
Yang salah teka tu it’s okay, kita tunggu tahun depan pula ya!
Sumber : Twitter