Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kes Makin Tinggi, Bonda Rozita Beri Cadangan Total Lockdown Dan Majikan Bawa Pekerja Buat Swab Test

today19 May 2021

Background

Semakin hari kes baharu virus COVID-19 semakin meningkat sehingga membimbangkan banyak pihak.

Terbaharu pada 18 Mei lalu, sebanyak 4,865 kes harian dilaporkan di Malaysia dan angka itu kelihatan naik secara mendadak setiap hari.

Usahawan kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita telah menyuarakan satu cadangan secara terbuka kepada semua pihak berkenaan ekoran kes yang semakin meningkat lebih-lebih lagi di sekitar negeri Selangor.

“Sy minta maaf tulisan ni – sekadar bagi pendapat sebagai rakyat marhain – sebagai pengusaha kecil sy pun terjejas niaga. Tanpa nekad & disiplin – kita tak akan dapat bebas dr penjara COVID – Sepakat TK DA STANDARD LAYANAN KAYANGAN DAN ORG BUMI.”

Antara cadangan yang diberikan oleh Bonda Rozita ialah majikan membawa para pekerja mereka menjalani swab test COVID-19.

Hal ini kerana disebabkan kes yang semakin meningkat jadi kita tidak dapat kesan siapa yang dijangkitivirus tersebut atau tidak.

Maka dengan itu ramai juga yang bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Bonda dan memohon supaya perkara ini dapat diambil tindakan dengan segera sebelum semuanya terlambat.

Selain itu, Bonda turut menyuarakan pendapat selaku pengusaha supaya pihak berkuasa dapat menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat seperti pada tahun 2020 yang lalu.

“Kita tak sepakat macam mana nak sembuh covid makin lambat sembuh ekonomi – nanti negara makin tenat. Jika makin naik covid tahun depan nak ke kita xberaya lagi? Bagi peluang terakhir kita lock down seluruh negeri.”

“Last je kita cuba buat betul2 yg tak ada layanan kayangan. Makanan kita beli siap2 simpan stock selama 14 hri dan lepas tu sorang je keluar beli makanan.”

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita seharusnya bersikap lebih berdisiplin dalam mengekang virus ini dan semoga dengan usaha ini dapat membendung virus COVID-19.

Sumber foto: Instagram Bonda Rozita

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post