Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Khairulaming Tampil Dengan ‘Filem’ Baharu…” Netizen Terkesima, Teaser Resepi Memasak Bertaraf ‘Box Office’

today13 April 2021

Background

“Hey Whatsup Guys…”

Menjelang Ramadan pasti ramai yang bakal terngiang-ngiang akan ‘suara halus’ sapaan dari trademark video pembukaan resepi memasak daripada pemuda ini.

Sering tampil dengan video masakan yang dramatik dan extra menarik, siapa tidak kenal dengan nama selebriti media sosial terkenal, Khairulaming atau dengan nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman yang sering memuat naik video resepi masakan yang sememangnya menjadi penantian pada setiap kali menjelangnya Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Caption:

“Bangun pagi gosok gigi, sambil termenung merebus ketupat, 30 hari 30 resepi kembali lagi, selamat datang ke tahun ke-empat.Resepi baru setiap hari sepanjang ramada. Jumpa anda besok”

Kekuatan dan daya penarik dalam setiap video resepi masakan yang disediakan sentiasa diselit unsur drama yang kini menjadi keunikan buat pemuda ini.

Memuat naik video teaser 30 Hari 30 Resepi di laman sosial, rata-rata netizen memuji effort dan cinematography yang dihasilkan kerana terlihat begitu mengagumkan sehingga ada yang mengirakan video tersebut adalah keluaran filem terbaru.

“Wow! gila gempak…aku ingat ada keluar movie baru tauuu…lain macam teaser dia gempak habis!!! Go go go tahniah anak muda Malaysia”

Menurut sumber sebuah laman portal, pemuda kelahiran Kota Bharu Kelantan ini dahulunya sering menghasilkan video perkahwinan, pengambaran dan muzik video untuk kumpulan indie.

Jelaslah, setiap hasil video yang dimuat naik sering mendapat sambutan ramai kerana terlihat bertaraf professional dan antarabangsa.

Khairulaming yang dahulunya mempunyai pengikut 100 ribu dalam tempoh 20 hari sejak awal ramadan 2018, kini memiliki lebih dari 2 juta pengikut di laman Instagram menjelang awal ramadan pada tahun 2021.

Fuh! Baru teaser dah gempak, agak-agak ada tak resepi ikan bakar bunga api ala-ala Kharulaming tahun ini.

Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Khairulaming

Written by: Azra Azuar


Previous post

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

Sosial

Ismail Sabri Beri Amaran Risiko Gelombang Keempat COVID-19 Di Malaysia

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Malaysia bakal berhadapan dengan risiko gelombang keempat COVID-19 yang telah menjangkiti lebih dari 350,000 orang dan menyebabkan lebih dari 1,300 kematian di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail. Menteri pertahanan yang juga bertanggungjawab dengan kluster COVID-19 mengatakan maklumat ini berdasarkan perolehan dari penilian risiko Kementerian... Klik sini untuk baca […]

today13 April 2021