Baru-baru ini tular lagi di media sosial mengenai seorang instafamous yang terkenal dengan produk inai ataupun henna, Datin Inaz merentas negeri kerana pergi ‘honeymoon‘ bersama suaminya.
Perkara itu menjadi perbualan hangat netizen-netizen di Twitter yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia bukan hal kecemasan.
Instafamous dan kebodohan berpisah tiada! pic.twitter.com/6mjzV3PIAM
— chachimi (@snhkimy) March 18, 2021
Melihat kepada IG Stories yang di muat naik oleh Datin Inaz, beliau dilihat menjawab segala pertanyaan pengikutnya di ruangan Ask Me di Instagram, mengenai bagaimana beliau merentas negeri, ini jawapan Datin Inaz :



Menurut instafamous berkenaan, beliau meminta kebenaran dari pihak polis untuk merentas negeri berdasarkan budi bicara mereka dan memiliki surat rasmi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu sekaligus mengundang kemarahan ramai netizen yang mengatakan bahawa instafamous berkenaan tidak sensitif dengan keadaan sekeliling kerana ada sesetengah yang mempunyai hal kecemasan namun tidak dibenarkan merentas negeri.
Baca respon-respon netizen di bawah ini :




Apa pendapat korang mengenai perkara ini?
Sumber : Twitter