Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas

today19 March 2021

Background

Baru-baru ini tular lagi di media sosial mengenai seorang instafamous yang terkenal dengan produk inai ataupun henna, Datin Inaz merentas negeri kerana pergi ‘honeymoon‘ bersama suaminya.

Perkara itu menjadi perbualan hangat netizen-netizen di Twitter yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia bukan hal kecemasan.

Melihat kepada IG Stories yang di muat naik oleh Datin Inaz, beliau dilihat menjawab segala pertanyaan pengikutnya di ruangan Ask Me di Instagram, mengenai bagaimana beliau merentas negeri, ini jawapan Datin Inaz :

Menurut instafamous berkenaan, beliau meminta kebenaran dari pihak polis untuk merentas negeri berdasarkan budi bicara mereka dan memiliki surat rasmi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu sekaligus mengundang kemarahan ramai netizen yang mengatakan bahawa instafamous berkenaan tidak sensitif dengan keadaan sekeliling kerana ada sesetengah yang mempunyai hal kecemasan namun tidak dibenarkan merentas negeri.

Baca respon-respon netizen di bawah ini :

 

Apa pendapat korang mengenai perkara ini?

Sumber : Twitter

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Gadis Kecewa ‘Diperlekeh’ Ada Ijazah Jurusan Komputer, Tapi Hanya Kerja Sebagai Cashier

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Aliah itu berkongsi kisah dia pernah dipandang rendah kerana jurusan yang diambil tidak sepadan dengan kerjanya.Dia juga bercakap kepada sumber, pandangan sedemikian telah lama diterimanya ketika masih menuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) lagi. Malah, dia juga telah memohon pekerjaan menerusi pelbagai platform yang sesuai dengan jurusannya. Tetapi rezeki masih belum berpihak kepadanya."Sehingga saya grad pada Oktober,... Klik sini untuk baca artikel […]

today19 March 2021