Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Lahh Bila Jadi Frontliner?” Tular Video Pelanduk Dua Serupa, Doktor Ini Seakan MK K-Clique!

today17 May 2021

Background

Susulan pihak Kementerian Kesihatan membuka permohonan untuk mereka yang mahu ‘volunteer’ ataupun menawarkan diri untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka sepanjang proses vaksinasi tersebut.

Pelbagai ragam dan respon positif yang  dapat dilihat daripada perkongsian penerima vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca.

Tidak ketinggalan, individu di Twitter iaitu @TheFirdausYasin turut berkongsikan pengalaman beliau mengambil suntikan vaksin, apa yang menjadi perhatian adalah doktor yang membantunya di pusat vaksinasi berkenaan memiliki rupa paras seakan penyanyi rap terkenal, iaitu MK K-Clique!

Baca artikel berkaitan : “Tak Halal, Dibuat Daripada…” Batal Temu Janji Vaksin Covid-19, Ini Respon Syed Saddiq

 

Bukan sahaja beliau yang terkejut, netizen pun turut ikut terkejut sekali melihat ‘kembar’ MK itu.

Lihat respon-respon mereka :

Fuh kalau tengok dari tepi memang sama sangat macam MK!

Agak-agak apa respon MK bila jumpa pelanduk dua serupa ni eh?

Sumber : Twitter @TheFirdausYasin

Written by: Fieyna Azman


Previous post