Susulan pihak Kementerian Kesihatan membuka permohonan untuk mereka yang mahu ‘volunteer’ ataupun menawarkan diri untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka sepanjang proses vaksinasi tersebut.
Pelbagai ragam dan respon positif yang dapat dilihat daripada perkongsian penerima vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca.
Tidak ketinggalan, individu di Twitter iaitu @TheFirdausYasin turut berkongsikan pengalaman beliau mengambil suntikan vaksin, apa yang menjadi perhatian adalah doktor yang membantunya di pusat vaksinasi berkenaan memiliki rupa paras seakan penyanyi rap terkenal, iaitu MK K-Clique!
Seriuslah Doktor yg cucuk aku mcm MK ? #CucukMyAz pic.twitter.com/TV3P7RGWFO
— Firdaus Yasin (@TheFirdausYasin) May 15, 2021
Baca artikel berkaitan : “Tak Halal, Dibuat Daripada…” Batal Temu Janji Vaksin Covid-19, Ini Respon Syed Saddiq
Bukan sahaja beliau yang terkejut, netizen pun turut ikut terkejut sekali melihat ‘kembar’ MK itu.
Lihat respon-respon mereka :

Fuh kalau tengok dari tepi memang sama sangat macam MK!
Agak-agak apa respon MK bila jumpa pelanduk dua serupa ni eh?
Sumber : Twitter @TheFirdausYasin