Teruja untuk menjadi pemilik Perak FC, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida atau DSV melawat Stadium Indera Mulia di Ipoh untuk melihat keadaan di sana.
Beliau berkongsi perkara tersebut di Instagram melalui satu hantaran yang dibuat pada 20 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Seronok Dapat Bercuti Dalam Negeri, Datuk Seri Vida Sakan Menari Siap Titip Pesan Buat Ex!
Dua foto yang dimuat naik DSV menunjukkan dirinya cantik berbaju biru sedang bergambar di hadapan stadium berkenaan.
“Patutkah saya buat langkah baru? Apa komen sayang semua? #thebosgaurus #ipohperak”
Beliau meminta pendapat netizen tentang hasratnya untuk menjadi pemilik Perak FC yang juga digelar The Bos Gaurus itu.
Malah, satu video telah dikongsikan DSV selepas itu bertanyakan tentang pandangan orang ramai berkenaan perkara tersebut.
View this post on Instagram
“APA MCM…SALAM SUA THE BOSS GAURUS PERAK , SELADANG ??
JADI KISAH NYA?
ONZ TAK ONZ PARA THE BOSS GAURUS … KEJOR YOP KEJOR…Ambil kira suara MAJORITI para netijin serta peminat BOLA SEPAK TANAH AIR.
SY NAK PENDAPAT UOLS KOMEN BAWAH.
#perak #thebosgaurus #perakfc #pafa”
Oleh itu, ramai yang meninggalkan kata-kata mereka pada ruangan komen.

Nampaknya rata-rata netizen menyokong hasrat DSV untuk menjaga kelab bola sepak tersebut.
Sumber: Instagram Dato’ Seri Vida