Sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada setiap 8 Mac, ramai yang menzahirkan ucapan buat wanita tersayang di dalam kehidupan mereka.
Turut tidak terlepas adalah pendakwah kesayangan ramai, iaitu Ustaz Ebit Lew yang memuat naik ucapan dengan kapsyen romantis buat isterinya di laman Instagram.
“Hai bidadariku. Tak terungkap dengan kata. I love you bidadariku. Terima kasih ya Allah beri bidadari ini dalam hidupku. Wanita ini berkorban segalanya dalam menemani hidupku. Berilah kebaikan,kesihatan,kecantikan,kekuatan dalam menemani hidupku didunia ini sampai syurga Firdaus.
Bila saya tengok seseorang hargai bidadarinya dan hargai ibunya hati saya kata, orang ini akan berjaya kerana dia ada doa yang sangat kuat. Doa sangat ajaib. Boleh mengubah apa sahaja-ebitlew
Baru mula buat tik tok. Belajar dengan
@aeril_zafrel buat tik tok. Allah sayang @aeril_zafrel dan @w4w4_zainal
.
Tq bunga @surprise_yourlove”
Ustaz Ebit menerusi kapsyen yang ditulis menzahirkan ucapan terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh isterinya.
Malah Ustaz sempat memberitahu bahawa beliau baru belajar menyelami aplikasi TikTok yang dipelajari dengan King Of TikTok iaitu Aeril Zafrel!
Fuh patutlah tengok Ustaz Ebit kebelakangan ni rajin buat TikTok ya!
Alahai comel je, lepas ni boleh la tengok video-video TikTok Ustaz pula.
Sumber : Instagram Ebit Lew
Baca artikel berkaitan : Balik Lewat Malam, Ebit Lew Buat Kejutan Untuk Hiburkan Anak-Anak Dan Isteri
