Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mengakui Kecederaan ‘Okay’, Safawi Rasid Digugurkan Dalam Senarai Awal Latihan Harimau Malaya

today16 March 2021

Background

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sebelum ini mengalami kecederaan dalam perlawanan saingan Liga Super Malaysia ketika menentang UiTM FC pada 13 Mac 2021.

Dikhuatiri pemain itu mengalami ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), namun Safawi dikhabarkan tidak mengalami kecederaan serius seperti yang dirisaukan.

Safawi pada 15 Mac 2021 telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya memberitahu dirinya dalam keadaan baik.

Melalui caption:-

“Thank you for all the kind wishes. I’m totally fine??. Can’t wait to be back on the pitch ❤️? #grindingcontinue”

Beliau mengucapkan terima kasih atas segala ucapan yang baik-baik diberikan kepadanya.

Safawi turut menyatakan keadaannya yang benar-benar okay dan tidak sabar untuk kembali beraksi di padang.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan beliau.

Dalam pada itu, memetik akhbar Harian Metro, nama Safawi telah digugurkan dalam senarai awal untuk menyertai latihan bersama skuad Harimau Malaya kerana kecederaan yang dialami.

Semoga Safawi cepat sembuh!

 

Baca artikel berkaitan: Rezeki Tidak Kesampaian, Safawi Rasid Tetap Positif Kembali Ke Pangkuan Pasukan JDT

Sumber: Instagram Safawi Rasid dan Harian Metro

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

vocket-lelaki-berang-pecah-cermin-header

Sosial

Didakwa Berang Dengan Cara Pemanduan, Lelaki Amuk Dan Rosakkan Cermin Kereta

Semalam tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun. Lelaki berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledarMuar: Polis menahan seorang... Klik sini untuk baca artikel […]

today16 March 2021