Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sebelum ini mengalami kecederaan dalam perlawanan saingan Liga Super Malaysia ketika menentang UiTM FC pada 13 Mac 2021.
Dikhuatiri pemain itu mengalami ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), namun Safawi dikhabarkan tidak mengalami kecederaan serius seperti yang dirisaukan.
Safawi pada 15 Mac 2021 telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya memberitahu dirinya dalam keadaan baik.

Melalui caption:-
“Thank you for all the kind wishes. I’m totally fine??. Can’t wait to be back on the pitch ❤️? #grindingcontinue”
Beliau mengucapkan terima kasih atas segala ucapan yang baik-baik diberikan kepadanya.
Safawi turut menyatakan keadaannya yang benar-benar okay dan tidak sabar untuk kembali beraksi di padang.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan beliau.
Dalam pada itu, memetik akhbar Harian Metro, nama Safawi telah digugurkan dalam senarai awal untuk menyertai latihan bersama skuad Harimau Malaya kerana kecederaan yang dialami.
Semoga Safawi cepat sembuh!
Baca artikel berkaitan: Rezeki Tidak Kesampaian, Safawi Rasid Tetap Positif Kembali Ke Pangkuan Pasukan JDT
Sumber: Instagram Safawi Rasid dan Harian Metro