Cukup dikenali kerana personaliti yang bersahaja dan bersederhana, maka tidak hairanlah Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong sangat disayangi ramai.
Menerusi perkongsian terbaharu baginda di laman Instagram miliknya, baginda berkongsikan beberapa foto dan video sedang membuat kuih raya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Terima Lukisan & Surat Daripada Kanak-Kanak 9 Tahun, Agong & Permaisuri Terus Disanjung Rakyat
Seronok betul melihat suasana di dapur baginda yang penuh dengan biskut raya, dengan lagu raya yang dipasang, fuh tak boleh bayangkan kalau kita berada di dapur tersebut, mesti sibuk nak merasa sambil feeling raya kan!
Melihat kepada perkongsian baginda, bermacam jenis biskut raya yang dihasilkan, antaranya biskut Milo dan biskut ceri sambil dibantu oleh pembantu istana.
Nampaknya bukan min sahaja yang terliur, ramai pengikut-pengikut Baginda di Instagram yang turut terliur dan mahukan resipi dari Baginda!

Sementara menunggu Baginda kongsikan resipi biskut milo, kita google je lah dahulu resipi yang ada di internet ye!
Sumber : Instagram @airtangan_tunkuazizah