Hot FM

Muat Naik Video TikTok Seakan Persenda OKU, Netizen Berang Dengan Tindakan Baby Shima

Baru-baru ini tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah video TikTok yang di muat naik oleh penyanyi sensasi iaitu Baby Shima di akaun miliknya, yang dilihat seakan mempersenda orang kurang upaya (OKU).

Meluahkan rasa kurang senang dengan video berkenaan, seorang pengguna di laman sosial Twitter @IniAlannn menulis dengan ciapan kesal dengan tindakan penyanyi tersebut yang dianggap tidak menghormati OKU berkenaan.

Video tersebut turut mengundang kemarahan ramai warganet yang merasakan perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh penyanyi tersebut.

Hasil peninjauan Hot FM di TikTok Baby Shima, video tersebut sudah pun dipadam oleh penyanyi itu.

Mungkin Baby Shima hanya mahu bergurau, tetapi apa pun niat beliau, hanya tuan punya badan sahaja yang ada penjelasan disebalik video yang dilakukannya itu.

Sumber : Twitter @IniAlannn

Exit mobile version