“Tu lahh Kak Vivy, sape suruh pose macam tu, terus detected 52 years old? ? ?”
Umum mengetahui bahawa pada umur pertengahan, ianya dikatakan tempoh berlakunya pelbagai perubahan pada diri wanita khususnya golongan ibu seperti pertambahan berat badan, kemunculan garis halus, kulit semakin menggeleber, cepat penat atau kerap terlupa.
Tidak dapat dinafikan, penuaan merupakan sesuatu yang pasti namun bagi wanita yang mementingkan kecantikan dan keanggunan penampilan, kesan penuaan menjadikan mereka runsing dan rasa kurang keyakinan diri.
Bahkan jika seseorang itu diklasifikaiskan sebaris umur 50-an, ianya seakan-akan sesuatu yang mungkin boleh ‘mematahkan semangat’ secara peribadi terutamanya kepada wanita yang masih muda namun dilihat seperti sudah berumur.
Memuat naik gambar di laman Instagram, usahawan popular Vivy Yusof melahirkan rasa terkejut apabila gambarnya digunakan di papan iklan menerusi sebuah laman portal berita.

Caption:
“Pulak dah…. ?? #kenachecksuratberanakbalik
Hantaran yang dimuat naik itu mengundang gelak-tawa para netizen kerana mengetahui bahawa usahawan ini sememangnya masih muda dan memiliki wajah kulit yang cantik dan mulus.
Menjengah ke rungan komen, rata-rata pengikut Vivy Yusof meninggalkan gurauan nakal dengan niat mahu mengusik usahawan terkenal itu serta meminta rahsia penjagaan kulit seperti mana yang didakwa di dalam iklan berkenaan.

Walau bagaimanapun, Vivy Yusof kelihatan begitu tenang membalas gurauan yang ditinggalkan di ruangan komen oleh pengikutnya kerana mengetahui bahawa dakwaan berusia sebagai 52 tahun itu merupakan kenyataan tidak benar.
Biarpun semakin dimamah usia, tanyalah kepada mana-mana wanita sekali pun sudah pasti mereka masih mahukan penampilan diri yang kemas dan sedap mata memandang.
Oleh itu, usia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk para wanita tampil cantik dan berkeyakinan malah apa yang lebih penting adalah kesihatan dalaman dan luaran seseorang itu.
Usah begurau-senda mengenai rupa paras seseorang kerana kelak usia kita juga bakal berlanjutan.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Vivy Yusof