Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti merpati sejoli ‘potong kaki’ yang juga pelakon, iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana.
Apa sahaja yang dilakukan mereka pasti menarik perhatian netizen dek kerana aksi mesra dan bahagia yang selalu ditayang di media sosial.
Terbaharu, Nadzmi berkongsi berita gembira di mana beliau menerima hadiah daripada isterinya iaitu sebuah kereta berjenama mewah.
Namun apa yang menarik perhatian adalah, pemberian hadiah kereta berkenaan bukan lah kerana ia hari jadi Nadzmi, sebaliknya kerana hari jadi Ardell.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan : “Berpeluh-peluh Macam Jogging Nak Bagi Susu Kat Anak” – Nadzmi Adhwa Ganti Tugas Ardell Aryana
Menulis di ruangan kapsyen :
“Selamat hari bahagia @ardellaryana ❤️✨
Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru ?? Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah ? Kalau tiap tiap hari birthday kau seronok juga kan. ? HAHA. Hari hari aku dapat hadiah ?
Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah fail untuk suprise kan aku sampai terkentut kentut aku tadi ?”
Wahhh bertuah ya suami Ardell ni, birthday dia suami yang dapat hadiah! Terserlah kegembiraan di wajah Nadzmi dapat ‘isteri baru’.
Jom lihat reaksi-reaksi pengikut dan peminat mereka :
Sebelum ini, Nadzmi pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard kepada Ardell sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31.
Nampaknya ni hadiah balas balik lah ni! Sweet betul.
Sumber : Instagram Nadzmi Adhwa