Baru-baru ini pelakon dan pengacara sensasi iaitu Janna Nick memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya, iaitu foto outfit of the day (OOTD) serba hitam dan menampakkan tubuh badannya yang langsing dan kurus.
Nampaknya ramai yang menunjukkan keprihatinan mereka dengan menegur Janna yang dilihat nampak sedikit susut dari kebiasaannya.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan : “Hari Jumaat Kan Ni” Kongsi Foto Badan Terdedah, Peminat Minta Janna Nick Padamkan Gambar
Ada yang mendakwa Janna memakai baju berwarna hitam disebabkan itu beliau nampak kurus, tak kurang juga yang merisaukan keadaan Janna memandangkan beliau juga menghidapi penyakit gangguan bipolar.
Lihat komen-komen netizen ini :
Janna yang kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak hampir sebulan lalu, pernah mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.
Dalam satu kenyataannya, Janna mendedahkan bahawa kini menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa setiap minggu untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung dengan masalah gangguan bipolar yang dialaminya.
Kami di Hot FM mendoakan Janna pulih dari penyakit tersebut dan jangan putus asa.
Sumber : Instagram Janna Nick