Nampaknya apa yang dilakukan oleh pasangan pengantin dari Kemaman, Terengganu ini boleh dijadikan sebagai contoh kepada kita untuk tidak memberi sebarang alasan untuk tidak menghadiri temujanji vaksin.
Menurut pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nur Syafiqah Rozani, sepatutnya tarikh nikahnya bersama dengan pasangan iaitu Firdaus Ramli diadakan pada 11 Jun tetapi disebakan pengumuman total lockdown, mereka terpaksa mempercepatkan tarikh berkenaan.

Segala persiapan telah berjaya dilakukan dengan sempurna walaupun pada saat akhir dan majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Lebih menarik lagi, pasangan yang sempat dinikahkan pada 31 Mei lalu itu turut terpaksa berkejar ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan dos kedua vaksin Pfizer yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama.
“Tarikh untuk vaksin memang dapat pada 31 Mei dan tak expcet pun tetap kena teruskan sebab ingat boleh postpone. Doktor sendiri suggest suruh datang jugak sebab nak complete kan dos. Lepas akad nikah terus direct pergi hospital untuk ambil vaksin dan rasa terharu bila doktor dengan nurse sanggup tunggu kitorang sampai ke hospital.”

Tambahnya lagi, temujanji sepatutnya bermula pada jam 9:30 pagi tetapi disebabkan beliau dan pasangan bernikah pada jam 10 pagi, pihak hospital terpaksa menunggu sebentar sementara majlis itu selesai.
Katanya lagi, pihak Hospital Kemaman turut memberikan layanan yang baik walaupun beliau tiba lewat berbanding masa yang sepatutnya.

Tetapi disebabkan kemuculannya bersama pasangan yang agak luar biasa iaitu dengan memakai baju pengantin, perkara itu mendapat perhatian daripada pihak hospital dan orang awam yang lain.
Jadi rasanya kalau Syafiqah boleh terus mendapatkan vaksin dengan berbaju pengantin, apa lagi alasan pada kita yang taknak pergi cucuk ni?
Apa pun tahniah kepada pasangan ini dan semoga rumah tangga yang dibina diberkati oleh Allah S.W.T
Sumber foto: Instagram Nur Syafiqah