Semakin hari, kes COVID-19 semakin bertambah dan terbaharu pada 25 April dilaporkan sebanyak 2,690 kes harian dicatat setakat ini.
#COVID19 update for April 25. Malaysia recorded 2,690 new positive cases with 10 deaths. @WHOWPRO pic.twitter.com/zNTmguE7lK
— KKMalaysia🇲🇾😷 (@KKMPutrajaya) April 25, 2021
Ini membuatkan kes semakin meningkat hari demi hari sehingga turut menyebabkan banyak kluster baharu mula tercatat.
Namun walaupun kes semakin tinggi, itu tidak membuatkan sesetengah masyarakat berasa bimbang atau khuatir dengan keadaan terkini sehingga ada yang masih berdegil berkumpul di kawasan tumpuan umum serta dilihat seperti mengabaikan SOP yang telah dikuatkuasakan.
Satu video dan beberapa foto telah tular di Twitter menunjukkan keadaan penuh sesak di Bazar Aidilfitri KL @ Lorong TAR berdekatan ibu kota Kuala Lumpur.
Penat dah KKM dok nasihat jaga sop, jaga jarak, jangan pergi tempat sesak. Orang kita tetap degil. Nak jadi macam negara India ker? Nak ramai jangkit & ramai mati lagi ker? Tolong ingat sikit ya. Pandemik covid 19 ini bukan main-main. Berjuta-juta dah mati di seluruh dunia. pic.twitter.com/I8k1XnnM7j
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) April 25, 2021
Orang ramai dilihat sanggup untuk beratur bagi memasuki lorong tersebut sekali gus membuatkan keadaan sekeliling nampak begitu padat.
Sanggupkah anda? pic.twitter.com/ghYU2bsnIH
— SimbiosisCinta_ (@Nizamshams3) April 25, 2021
Video tersebut telah menimbulkan kemarahan sesetengah netizen kerana menganggap situasi tersebut akan menyumbang kepada peningkatan kes harian.

Tidak dinafikan ketika ini ramai umat Islam sudah membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh ketepikan segala SOP yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, bazar Aidilfitri telah dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 2 pagi oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ucapannya pada 23 April lalu.
Semoga dengan kelonggaran yang diberikan ini tidak membuatkan orang ramai mengambil kesempatan sehingga membuatkan kita sendiri yang susah di kemudian hari.
Sumber foto dan video: Twitter