Terkejut, kagum dan tergamam, itulah perasaan yang timbul selepas melihat costume yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia iaitu Francisca Luhong James.

Francisca yang merupakan gadis kelahiran negeri Sarawak itu telah tampil membawa costume yang bertemakan ‘Kampungku’ seberat 35 kilogram.
Hmmmmmmmm.. a designer’s big dream is a beauty queen’s nightmare.
National Costume for Miss Universe Malaysia pic.twitter.com/9UdAzOdRcS
— 𝔾𝕖𝕟𝕘ℝ𝕒𝕪𝕒𝕂𝕖𝕕𝕒𝕙 | حمزه (@aamrhmzhbkr) May 14, 2021
Namun apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah apabila berlakunya kesilapan teknikal sehingga membuatkan semuanya menjadi sedikit kucar kacir.


Ketika replika rumah kampung itu muncul, kelihatan Francisca dibantu oleh tiga lagi krew bagi menolak masuk sehingga ke tengah pentas.
Sekali lagi keadaan menjadi kucar kacir apabila replika tersebut dipusingkan terlebih dahulu sebelum Francisca sempat memasuki ke dalamnya bagi menukar baju.

Sepatutnya akan ada gimik yang akan ditunjukkan, namun apabila keadaan jadi seperti itu Francisca tidak sempat untuk berjalan ke tengah pentas selepas menukar baju.
Walau bagaimanapun, persembahan Francisca tetap dipuji ramai dan hasil tinjauan kini National Costume Malaysia telah mendahului undian di tangga teratas berbanding negara lain.
Semoga ada harapan untuk Malaysia memenangi Miss Universe 2021 tahun ini!
Sumber foto dan video: Twitter