Umum mengetahui, Malaysia kini sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya bermula dari 1 sehingga 14 Jun dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Pelbagai langkah telah diambil termasuklah melarang perjalanan rentas daerah dan negeri, menambah bilangan sekatan jalan raya, menutup semua institusi pendidikan, mengehadkan masa keluar masuk premis dan banyak lagi.
Antara yang mencuri tumpuan pastinya bakal raja sehari yang sudah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan masing-masing.
Namun baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook rasmi mereka di mana pihaknya menasihati bakal pengantin supaya menangguhkan urusan majlis akad nikah dalam tempoh berkenaan.


Susulan dengan muat naik tersebut, rata-rata melahirkan rasa sedih melalui ruangan komen:-





Bukan sahaja di Johor, malah semua perkhidmatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk majlis akad nikah ditangguhkan dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) turut menangguhkan semua jenis permohonan kebenaran berkahwin di negeri tersebut ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan.